Friday, 23 December 2011

Karnival Kucing Comel Perlis 2011


24 hingga 25 hb Disember ni berlangsunglah Karnival Kucing Comel Perlis 2011 kat Tmn Ular & Reptilia Sg. Batu Pahat Perlis. Bagi penggemar haiwan cilik ni, sekarang la masanya nak cuci mata & minda. Kami baru dapat jemputan hari ni untuk bersama-sama Jabatan Veterinar Negeri Perlis adakan aktiviti pameran & jualan. Sayang kami tak dapat nak terima tawaran tu sebab dah ada plan lain. Lagi pun tak sempat nak siapkan barang-barang yang nak dijual & pamer. Stok dalam kedai pun tinggal sikit. Apa pun harap yang pi sana enjoy dengan aktiviti yang disediakan.

Menurut sumber, Zoo Mini yang bakal dibina di sini akan menggabungkan 3 taman utama iaitu Taman Ular & Reptilia, Taman Anggur serta Taman Burung. Usaha menggabungkan taman-taman haiwan & tumbuhan ni diharap dapat menarik ramai pelancong datang ke negeri Perlis.
Trem tmn ular dah siap dicat semula. Dulunya bertona ungu tapi sekarang dilakar dengan warna bendera Perlis (biru & kuning). Lalu depan kedai tadi... Lebih kurang 5 hr juga la duk di kedai tak berapa jauh dari tempat kami. Tak dapat naik, tengok pun jadi laa..

No comments:

Post a Comment