Ini adalah premis perniagaan kami yang terletak di Balai Baru, Beseri Perlis. Terletak di hujung sebelah kiri deretan kedai di mana menempatkan kedai tayar, kedai runcit dan kedai makan. Jika anda dalam perjalanan dari Padang Besar melalui Jalan Kaki Bukit, ia terletak di sebelah kanan anda dan begitu sebaliknya. Kawasan letak kereta yang luas turut merupakan tapak Bazar Ramadhan Balai Baru ini memudahkan para pelanggan untuk keluar masuk dan berhenti membeli di premis kami.
Kami beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 7 petang.
Namun, sekiranya ada permintaan pembelian barangan di premis perniagaan, kami juga akan membukanya pada hari Ahad dari jam 9.30 pagi hingga jam 2 petang. Walaupun premis kami tidak indah pada rupanya tetapi perkhidmatan yang kami sediakan dijamin pasti dapat memenuhi kehendak pelanggan kami. Seperti moto kami, MEMBERI KHIDMAT TERBAIK KEPADA PELANGGAN, kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk ternakan mereka.
No comments:
Post a Comment