Monday, 24 November 2014

Hujung Minggu MMST-23/11/14

Al-kisah...

Setelah bersarapan nasi berlauk gulai kambing & kambing golek di rumah Wa Bos Busyaq(semalam kenduri rumah Abg Ë tak dan nak pi) kåmï pun memulakan rutin seperti biasa di kedai. Akibat kekenyangan yang melampau, menguap saja la kåmï berdua sementara menunggu kunjungan para pelanggan yang tercinta ekekekeke..
Ni gambar tahun lepas. Tadi lupa upload gambar kira aci gak la ye.
Dari kiri Abg E, Jun, Bos Busyaq, Rizal, cucu Kak Idah.

Setelah tamat operasi pada jam 2.30 petang, kåmï bersiap menuju Guar Chempedak bagi menghadiri majlis persandingan kawan Bos Kicik pula(tahniah Roslie & Suraya. Semoga berkekalan hingga ke Jannah). Macam biasa jalan menuju Alor Setar di hari cuti ni memang sesak, jadi kåmï ambil keputusan ikut jalan tengah.. (Bos kicik yang sememangnya suka tak ingat jalan macam orang jakun sikit la bila lalu jalan yang tak pernah @ jarang dia lalu). Melalui jalan hingga menembusi Kuala Kedah memang mendamaikan.
Atas jambatan dalam kereta...

Setiba di rumah kenduri, kåmï pun bertegur sapa dengan mak ayah pengantin. (Pengantin tak ada pi photoshoot). Selesai makan (sedap gulai daging, bos kicik 2 pinggan makan) kåmï pun minta diri.
Pengantin Baru Roslie & Suraya..

Meneruskan aktiviti hujung minggu kåmï, destinasi seterusnya adalah menuju ke Kandang Kambing Paklong Budin Guar Chempedak. Beliau merupakan antara penternak yang berjaya di Kedah ni. Kambing jantan Baka Jamnapari beliau sedang dipamerkan di pameran MAHA Serdang ketika ini. Pelanggan lama bos busyaq ini semasa kåmï tiba di kandang sedang berehat bersama kambing-kambingnya..
Kemas & selesa.. Seronok depa duk sembang...

Mīkè boleh bayangkan betapa bersihnya kandang beliau sampai kåmï semua boleh duduk bersembang lama dalam kandang tanpa ada bau yang kurang enak. Sistem kandang beliau sangat bagus. Patut dicontohi oleh semua penternak di Malaysia ni.
Ada masa kåmï singgah lagi.  

Kåmï pulang ke Perlis selepas solat Maghrib. Dalam perjalanan kåmï sempat singgah Tesco Mergong membeli belah. Tak sampai 10 barang pun. Yang utama 'pengering rambut' & 'bateri' untuk kegunaan di kedai nanti. Sepanjang perjalanan pulang hujan mencurah-curah membasahi bumi. Banyak kawasan di Perlis ini telah dinaiki air. Kawasan Paya turut terjejas. Alhamdulillah kawasan Balai Baru masih terpelihara.. Kåmï doakan semoga mangsa-mangsa banjir selamat & tabah menghadapi ujian.
Hasil tangkapan hujung minggu.. 


















No comments:

Post a Comment