Sunday, 25 October 2015

Premis Baru Madi Maju Serumpun Trading

Alhamdulillah setelah berhempas pulas menepis segala dugaan yang datang, akhirnya kåmï mengambil keputusan untuk berpindah ke premis baru. Kini kåmï telah berpindah tidak jauh daripada premis lama. Lebih kurang 500 meter jauhnya sahaja.

Kedudukannya terletak berhampiran Stesen Pam Minyak Shell Beseri. Kalau perjalanan anda dari Kangar, premis kåmï terletak di sebelah kanan jalan besar Jalan Kaki Bukit. Bersebelahan Taman Sempurna Jaya, deretan rumah kedai ini terdiri daripada premis kåmï sendiri, kedai menjual sayur-sayuran, ayam mentah, kerisik dan santan.
Berhadapan premis kåmï, terdapat deret rumah kedai yang lain di seberang jalan. Mereka terdiri daripada Salon Gunting Rambut, Kedai Makan Tomyam, Kedai Membuat Otak-otak, Kedai Menjual Barangan Keluaran Tempatan dan Kedai Runcit.

Berikut adalah alamat terbaru premis kåmï:

Kedai Makanan Ternakan,
No 1 & 2, Taman Sempurna Jaya, KM 8, Balai Baru, 02400 Beseri Perlis.

KINI PARA PELANGGAN BOLEH MENDAPATKAN SEGALA KEPERLUAN TERNAKAN DI PREMIS BARU KAMI..

SEKIAN TERIMA KASIH.


Friday, 28 November 2014

Hujung Minggu MMST-30/11/2014

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kåmï bekerja mencari rezeki halal seperti biasa. Hari ni Bos Busyaq jaga kedai sorang diri. Bos Kicik tak masuk keje sebab ada tugasan khas di rumah Wa Bos Busyaq.

Tadaaa.. Ekekekeke tugasan khas bersama Kak Lah memasak untuk team rally Bos Busyaq. Bos Kicik jadi pembantu je. Potong-potong & bungkus-bungkus. Menu untuk mīkè rally team tengahari ni nasi putih, ayam masak merah, acar & air sirap.. Selama 3 hari mereka berkampung di Perlis ni. Hari ni baru boleh bagi makanan homemade.

Selepas siap membungkus, kåmï terus bergerak ke C Mart Arau di mana acara rally berlangsung. Panas sungguh hari ni. Team kåmï duk depan kedai capati

Tahun ni team rally Bos Busyaq naik gak podium walaupun bukan 1st place.

Abis acara kåmï meronda la apa lagi..

Monday, 24 November 2014

Hujung Minggu MMST-23/11/14

Al-kisah...

Setelah bersarapan nasi berlauk gulai kambing & kambing golek di rumah Wa Bos Busyaq(semalam kenduri rumah Abg Ë tak dan nak pi) kåmï pun memulakan rutin seperti biasa di kedai. Akibat kekenyangan yang melampau, menguap saja la kåmï berdua sementara menunggu kunjungan para pelanggan yang tercinta ekekekeke..
Ni gambar tahun lepas. Tadi lupa upload gambar kira aci gak la ye.
Dari kiri Abg E, Jun, Bos Busyaq, Rizal, cucu Kak Idah.

Setelah tamat operasi pada jam 2.30 petang, kåmï bersiap menuju Guar Chempedak bagi menghadiri majlis persandingan kawan Bos Kicik pula(tahniah Roslie & Suraya. Semoga berkekalan hingga ke Jannah). Macam biasa jalan menuju Alor Setar di hari cuti ni memang sesak, jadi kåmï ambil keputusan ikut jalan tengah.. (Bos kicik yang sememangnya suka tak ingat jalan macam orang jakun sikit la bila lalu jalan yang tak pernah @ jarang dia lalu). Melalui jalan hingga menembusi Kuala Kedah memang mendamaikan.
Atas jambatan dalam kereta...

Setiba di rumah kenduri, kåmï pun bertegur sapa dengan mak ayah pengantin. (Pengantin tak ada pi photoshoot). Selesai makan (sedap gulai daging, bos kicik 2 pinggan makan) kåmï pun minta diri.
Pengantin Baru Roslie & Suraya..

Meneruskan aktiviti hujung minggu kåmï, destinasi seterusnya adalah menuju ke Kandang Kambing Paklong Budin Guar Chempedak. Beliau merupakan antara penternak yang berjaya di Kedah ni. Kambing jantan Baka Jamnapari beliau sedang dipamerkan di pameran MAHA Serdang ketika ini. Pelanggan lama bos busyaq ini semasa kåmï tiba di kandang sedang berehat bersama kambing-kambingnya..
Kemas & selesa.. Seronok depa duk sembang...

Mīkè boleh bayangkan betapa bersihnya kandang beliau sampai kåmï semua boleh duduk bersembang lama dalam kandang tanpa ada bau yang kurang enak. Sistem kandang beliau sangat bagus. Patut dicontohi oleh semua penternak di Malaysia ni.
Ada masa kåmï singgah lagi.  

Kåmï pulang ke Perlis selepas solat Maghrib. Dalam perjalanan kåmï sempat singgah Tesco Mergong membeli belah. Tak sampai 10 barang pun. Yang utama 'pengering rambut' & 'bateri' untuk kegunaan di kedai nanti. Sepanjang perjalanan pulang hujan mencurah-curah membasahi bumi. Banyak kawasan di Perlis ini telah dinaiki air. Kawasan Paya turut terjejas. Alhamdulillah kawasan Balai Baru masih terpelihara.. Kåmï doakan semoga mangsa-mangsa banjir selamat & tabah menghadapi ujian.
Hasil tangkapan hujung minggu.. 


















Friday, 21 November 2014

Karnival Kucing Perlis 2014

Dia mai dah... Karnival Kucing Perlis 2014 sempena " World Animal Day" kembali memeriahkan aktiviti dalam kalender Negeri Perlis. Acara tahunan anjuran Kelab Kucing Malaysia dan PKENPs dengan kerjasama pelbagai pihak ini bakal menarik kunjungan warga Perlis di serata ceruk negeri dan kawasan sekitarnya.

Mīkè semua jangan ketinggalan ya.. Bawa keluarga semua datang. Kan dah cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai beriadah bersama ahli keluarga. Masa berkualiti bersama keluarga menjadi dambaan setiap individu betul tak??? Mīkè yang gemar ber'selfie' tu di sana nanti akan diadakan pertandingan Selfie Bersama Haiwan Kesayangan. Jangan sia-siakan bakat mīkè tu. Ada hadiah menanti tau.

Bertempat di Taman Ular & Reptilia Sungai Batu Pahat Perlis, acara tahunan ini akan diadakan pada 28 hingga 30 November 2014 dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Pelbagai jenis pameran dan pertandingan akan berlangsung. Terdapat juga gerai jualan & cabutan bertuah menanti mīkè semua. Bagi yang memiliki kucing, ayam serama @ burung boleh la dibawa sekali. Manalah tahu tuah mīkè ye dokkk.

Thursday, 20 November 2014

Zoosamex Aerosol

Semburan rawatan luka bagi semua spesis ternakan yang mesra ozon. Tanpa CFC.

Kandungan Zoosamex Aerosol : 370ml
*Trichloro HD (2% w/w)
*Inert Ingredient (98% w/w)


Wednesday, 9 April 2014

Pemberitahuan..

Alhamdulillah...

Akhirnya diberi kesempatan kepada kami untuk berblog kembali setelah lama menyepi. Untuk pengetahuan semua, kini kami telah bergabung dengan Syarikat Madi Maju Serumpun Trading. Operasi syarikat adalah seperti biasa. Tiada yang berubah dari segi pentadbiran mahupun tenaga kerja. Cuma berlaku sedikit penambahbaikan dari segi mutu dan barangan jualan.

Kami akan menyiarkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang kami ada bagi tatapan dan makluman pengunjung semua. Diharap segala info ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung kami. Sebarang maklum balas amatlah dihargai dan diharap sokongan daripada semua pengunjung blog ini dapat membantu kami dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kami..

Sekian, terima kasih..

Friday, 23 December 2011

Karnival Kucing Comel Perlis 2011


24 hingga 25 hb Disember ni berlangsunglah Karnival Kucing Comel Perlis 2011 kat Tmn Ular & Reptilia Sg. Batu Pahat Perlis. Bagi penggemar haiwan cilik ni, sekarang la masanya nak cuci mata & minda. Kami baru dapat jemputan hari ni untuk bersama-sama Jabatan Veterinar Negeri Perlis adakan aktiviti pameran & jualan. Sayang kami tak dapat nak terima tawaran tu sebab dah ada plan lain. Lagi pun tak sempat nak siapkan barang-barang yang nak dijual & pamer. Stok dalam kedai pun tinggal sikit. Apa pun harap yang pi sana enjoy dengan aktiviti yang disediakan.

Menurut sumber, Zoo Mini yang bakal dibina di sini akan menggabungkan 3 taman utama iaitu Taman Ular & Reptilia, Taman Anggur serta Taman Burung. Usaha menggabungkan taman-taman haiwan & tumbuhan ni diharap dapat menarik ramai pelancong datang ke negeri Perlis.
Trem tmn ular dah siap dicat semula. Dulunya bertona ungu tapi sekarang dilakar dengan warna bendera Perlis (biru & kuning). Lalu depan kedai tadi... Lebih kurang 5 hr juga la duk di kedai tak berapa jauh dari tempat kami. Tak dapat naik, tengok pun jadi laa..